Friday 7 October 2011

# Membuang buruk


Esok genap seminggu selepas aku pergi jumpa Mak Muda. I was severely ill since last Monday, till this day.  Sakit kepala yang amat sangat sehingga aku gagal untuk menggagahkan diri untuk bangun but due to extreme busy, today, I try to get up and facing the laptop to provide slides for presentation on Monday. Time never wait for anyone.

Sebelum aku pulang dari rumah Mak Muda Sabtu lepas, dia ada berpesan,

“Balik nanti, potong semua semua kuku kaki dan tangan, tadah dengan suratkhabar.  Potong rambut sikit.  Letak semuanya dalam tisu dan ikat dengan benang.  Buang ke dalam sungai yang mengalir laju… nak buang segala yang tak elok”

Balik hari tu aku belum potong kuku, sehinggalah maghrib semalam…aku period minggu lepas.  Terpaksa tunggu selepas mandi wajib. Esok aku akan bawa bungkusan tu untuk dibuang ke sungai.  Kemudian balik dan tunggu adakah apa yang berlaku kepada sahabat akan berlaku kepada aku juga… bukan percayakan amalan tersebut, itu cuma antara usaha yang termampu selain doa dan solat hajat.

I have not forgotten God (Allah SWT).