Friday 7 October 2011

# Membuang buruk


Esok genap seminggu selepas aku pergi jumpa Mak Muda. I was severely ill since last Monday, till this day.  Sakit kepala yang amat sangat sehingga aku gagal untuk menggagahkan diri untuk bangun but due to extreme busy, today, I try to get up and facing the laptop to provide slides for presentation on Monday. Time never wait for anyone.

Sebelum aku pulang dari rumah Mak Muda Sabtu lepas, dia ada berpesan,

“Balik nanti, potong semua semua kuku kaki dan tangan, tadah dengan suratkhabar.  Potong rambut sikit.  Letak semuanya dalam tisu dan ikat dengan benang.  Buang ke dalam sungai yang mengalir laju… nak buang segala yang tak elok”

Balik hari tu aku belum potong kuku, sehinggalah maghrib semalam…aku period minggu lepas.  Terpaksa tunggu selepas mandi wajib. Esok aku akan bawa bungkusan tu untuk dibuang ke sungai.  Kemudian balik dan tunggu adakah apa yang berlaku kepada sahabat akan berlaku kepada aku juga… bukan percayakan amalan tersebut, itu cuma antara usaha yang termampu selain doa dan solat hajat.

I have not forgotten God (Allah SWT).





5 comments:

  1. biasanya bila seseorang lelaki datang dan mendekati aku, aku akan istikharah selama 7 malam kerna aku tak mahu membuang masa

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Imam Ibn Taymiah di dalam kitabnya “Ghiza’ al-albab, 1/382 ) maka beliau menjawab : “ Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda : “ Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) samada hidup ataupun mati”, malah Nabi memberitahu : “ buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam) “ maka arahan Nabi tidak menunjukkan sebarang tangguh cukur selepas mandi. Demikian juga diperintah wanita haid agar menyikat rambutnya semasa mandi junub, yang mana diketahui bahawa dengan menyikat ini boleh menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi)..justeru apa yang dikatakan sebenarnya tiada asalnya.”..sekadar berkongsi maklumat..

    apa masalah TMC ye..? tak tahu nak komen dan berikan pendapat sebab tak tahu duduk perkara yg sebenar.. cuma, bersabarlah dan jangan berhenti berusaha..

    t kasih krn sudi berkunjung ke blog saya..

    ReplyDelete
  3. a.samad jaafar

    terima kasih sudi berkongsi hadis nabi. Sebenarnya hukum membuang bulu dan kuku ketika dalam haid hanyalah makruh, bukanlah haram. Cuma saya sengaja menyimpan kuku sehingga mandi wajib kerana tak mahu kehilangan

    ReplyDelete
  4. gua ade migrain, seksa.. cuma tak period je keh3

    ReplyDelete